Mengenali Negara Kita

Malaysia, negara kita, terletak di bahagian Asia Tenggara. Malaysia terdiri daripada Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak di Pulau Borneo dan dibahagikan oleh Laut China Selatan. Negara jiran Malaysia adalah Singapura, Brunei, Negara Thai, dan Indonesia. Berikut ialah gambar Malaysia yang diambil dari satelit.


View Larger Map

Terdapat pelbagai lambang bagi negara kita. Lambang negara yang paling penting ialah lagu negara. Nama lagu negara kita ialah "Negaraku". Kita harus berdiri tegak, menghentikan segala aktiviti yang sedang dilakukan apabila lagu "Negaraku" dimainkan. Ini merupakan tingkah-laku menghormati lagu negara.

Berikut merupakan lirik lagu "Negaraku".

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertahta

Rahmat Bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertahta...




Selain daripada lagu "Negaraku" yang merupakan lambang utama negara kita, Malaysia, terdapat juga benda lain yang merupakan lambang negara kita.

Bunga Raya, merupakan bunga yang melambangkan negara kita.






















Selain itu, dua ekor harimau juga terdapat di bahagian kiri dan kanan lambang negara kita. Oleh itu, harimau merupakan haiwan yang melambangkan negara kita. Harimau membawa maksud keberanian.












Sebagai pengetahuan tambahan, jumlah harimau di dunia semakin berkurang disebabkan oleh pemburuan haram. Oleh itu, harimau merupakan haiwan yang terlindung. Kita harus menghentikan segasla pemburuan harimau.